EKSPO MINGGU SAINS NEGARA 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG MERANGSANG MODUL STEM DAN PERKEMBANGAN BELIA

EKSPO MINGGU SAINS NEGARA 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG MERANGSANG MODUL STEM DAN PERKEMBANGAN BELIA 150 150 farah

KUANTAN, 2 OGOS – Siri kedua Pameran Minggu Sains Negara (MSN) 2019 Peringkat Negeri Pahang menyasarkan ribuan pelajar dan belia bermula hari ini dengan penuh iltizam untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui modul bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta pembangunan belia.

Siri Minngu Sains Negara 2019 yang dianjurkan oleh Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd bersama Kerajaan Negeri Pahang akan diadakan selama dua hari di Dewan MPK Kuantan pada 2 dan 3 Ogos.

Program ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Acara yang berlangsung selama dua hari ini diharapkan dapat memberi galakkan dan inspirasi serta memperkasakan ilmu pengetahuan para pelajar serta belia dalam mengejar kemajuan teknologi terkini dan peluang pekerjaan di masa hadapan.

Di samping itu program ini amat sesuai untuk membudaya, menghayati serta mengaplikasi bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan seharian masyarakat.

Dengan tema, “Moh La Wei Berinovasi”, MSN 2019 akan menjadi platform terbaik dalam memastikan ribuan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan anak muda dari Kuantan serta daerah-daerah di sekeliling negeri Pahang dapat mengambil peluang untuk mempelajari tentang kepentingan dan manfaat pendidikan STEM.

Pelbagai aktiviti dan program menarik termasuk pameran, pocket talk, serta pertandingan E-sport dan robotik dilaksanakan. Antara tarikan utama ialah penampilan khas Saudara Rizal Khalif atau lebih dikenali sebagai Abang Polar, pengembara Malaysia pertama yang meneroka Artik sejauh 300 kilometer bersama kereta luncur anjing.

Turut menampilkan Datuk AC Mizal, pelakon, pelawak, penyanyi serta pengacara TV terkenal di Malaysia. Mereka bakal berkongsi nilai-nilai yang perlu ada dalam diri individu demi mencapai kejayaan serta liku dan cabaran untuk berjaya.

Pengunjung, terutamanya pelajar dan belia mempunyai peluang untuk turut serta dalam pertandingan Robotik Malaysia – Make X – sebuah program anjuran TPM dan Telaga Biru Holdings. Pertandingan robotik yang sering memenangi pelbagai anugerah ini dimulakan pada tahun 2016 dan menghalakan fokusnya kepada nilai-nilai penting pendidikan STEM di mana pemikiran kritis menjadi tunjang utama kepada setiap individu dalam menghadapi segala cabaran.

Kemasukkan ke program MSN 2019 ini adalah percuma dan terbuka kepada orang awam bermula pada 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Selain itu, pihak TPM juga akan mempamerkan kepakaran mereka dalam pelbagai aktiviti dibidang teknologi maklumat, sains komputer, sains botani dan kejuruteraan hijau, melaui aktiviti di booth Eksplorasi STEM mereka.

Technology Park Malaysia, sebuah agensi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

### Tamat ###