TECHNOLOGY PARK MALAYSIA MENGINSPIRASI PELAJAR MELALUI AKTIVITI PENANAMAN POKOK DI SEKOLAH DI BATU GAJAH

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA MENGINSPIRASI PELAJAR MELALUI AKTIVITI PENANAMAN POKOK DI SEKOLAH DI BATU GAJAH 150 150 rahman

BATU GAJAH, PERAK, 4 SEPT. – Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), taman teknologi terkemuka di Malaysia telah menyuntik inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang mampan dengan memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena Hari Kokurikulum SMK Toh Indera Wangsa Ahmad (SMK TIWA), Batu Gajah.

Syarikat itu akan menaja 20 anak pokok tecoma, yang dikenali secara saintifik sebagai Tabebuia Rosea atau pokok kertas tisu yang disemai dari nurseri TPM sendiri untuk sesi penanaman pada hari tersebut.

Majlis penanaman pokok itu akan dijalankan oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, YB Sivakumar a/l Varatharahu Naidu, bersama dengan ahli-ahli Kelab Sains dan Matematik SMK TIWA pada 5 Septermber.

Hari Kokurikulum SMK TIWA menyediakan pameran produk, pameran poster, kuiz, dan pelbagai aktiviti interaktif berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI).

Acara sehari tersebut disokong oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bersama-sama dengan sembilan lagi agensi nasional di bawahnya.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd. Azman Haji Shahidin berkata penanaman pokok tecoma bertujuan menggalakkan pelajar menghargai nilai-nilai perlindungan alam sekitar dengan mengurangkan kesan perubahan iklim.

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan sekolah menyediakan peluang untuk pendidikan alam sekitar, mendedahkan pemikiran kanak-kanak tentang pemuliharaan alam sekitar lebih awal, menggalakkan pembudayaan sukarelawan belia dan pengindahan landskap secara semulajadi.

Beliau berkata pokok berbunga tecoma, yang juga dikenali sebagai Sakura Malaysia, sering dilihat di Malaysia dengan bunga merah jambu, ungu, atau putih. Apabila mekar dua kali setahun semasa cuaca panas, ia pasti menambah keindahan persekitaran. TPM mempunyai lebih daripada 200 pokok tecoma di kampusnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur seluas 686 ekar.

“Satu lagi aktiviti menarik yang kami harapkan akan menarik perhatian para pelajar adalah booth simulasi STEM TPM. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak sekolah dan belia tentang keseronokan sains, kepentingan STI dan pelbagai peluang yang ditawarkan oleh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, “katanya.

Mohd Azman berkata beliau yakin penyertaan TPM dalam program yang disokong oleh MESTECC ini akan menawarkan setiap pelajar SMK TIWA dan masyarakat sekitar, baik muda atau tua tentang peluang untuk mendapat pengetahuan yang lebih baik mengenai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan.

“Dengan pembangunan global yang pesat dalam teknologi dan inovasi, ia adalah penting untuk rakyat di kawasan luar bandar dan separa bandar Malaysia didedahkan kepada perkembangan terbaru dan kemajuan teknologi ke arah meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi mereka,” tambah Mohd Azman.

Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi MESTECC, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan teknologi dan usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

— Tamat —