TPM ENGINEERING MEMPEROLEHI KONTRAK MENAMBAHBAIK INTEGRASI SISTEM DARI KOBE PRECISION TECHNOLOGY

TPM ENGINEERING MEMPEROLEHI KONTRAK MENAMBAHBAIK INTEGRASI SISTEM DARI KOBE PRECISION TECHNOLOGY 150 150 farah

KUALA LUMPUR, 8 JUN – TPM Engineering Sdn Bhd, anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), telah dianugerahkan projek menambahbaik integrasi sistem oleh salah satu pengeluar cakera keras terkemuka di Jepun, Kobe Precision Technology Sdn Bhd (KPTec) baru-baru ini.

Projek menambahbaik integrasi sistem tersebut melibatkan kejuruteraan-semula mesin Kawalan Numerikal Komputer (CNC) KPTec dengan meningkatkan keupayaan mesin pemesinan dan ciri pengukuran kualiti tambahan. Ia juga melibatkan penerapan sistem pengawal logik boleh-aturcara (PLC) yang baru dan pengawal gerakan serta Human Machine Interface (HMI).

KPTec Penang adalah anak syarikat milik penuh Kobe Steel Ltd, Jepun. Ia kini merupakan pembekal bebas terbesar substrat tanah aluminium di dunia, yang digunakan sebagai medium penyimpanan kapasiti tinggi utama untuk data digital.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin berkata projek itu diperolehi berikutan kejayaan penilaian penyelesaian kejuruteraan dan perkhidmatan kejuruteraan TPME berdasarkan kawalan kualiti yang ketat dan penanda aras tinggi yang ditetapkan oleh KPTec pada projek perintis awal yang siap pada September 2017.

“Projek integrasi sistem dijangka berjalan selama dua tahun di mana kami menjangkakan untuk menambahbaik lebih dari 20 unit mesin CNC dan lebih daripada 50 unit mesin pemeriksaan berdiameter tahap micron.

“Kepakaran dan kemahiran kejuruteraan TPME dalam melaksanakan projek integrasi sistem akan menyumbang kepada penjimatan kos yang besar kepada KPTec selain memanjangkan jangka hayat mesin sedia ada berbanding pembelian mesin baru,” katanya.

Mengambil kira aliran revolusi yang pesat dalam sektor perindustrian dan kejuruteraan sejak lewat tahun 1990-an, Azman menambah bahawa TPME telah mengambil langkah-langkah positif untuk terus memacu teknologi kejuruteraan lanjutan.

“Sejak dua dekad yang lalu, kami telah membuktikan keupayaan kami sebagai instrumen untuk merangsang pembangunan ekonomi yang inovatif dan teknologi untuk penciptaan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat. Di samping itu, kami dapat memudahkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan pengkomersilan melalui penyediaan infrastruktur, peralatan dan kemudahan kejuruteraan lanjutan. ”

Sementara itu, Pengurus Besar TPME, Dr. Mohd. Zaihirain Mohd Rasin berkata dengan peningkatan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) di mana automasi industri dan gangguan teknologi (disruption of technologies) menawarkan peluang untuk kadar pengeluaran yang lebih cepat dan kos yang lebih rendah, adalah penting bagi industri untuk mengguna teknologi ini agar kekal berdaya saing dan mengekalkan kelestarian mereka.

“Perkembangan perindustrian dan teknologi ini mendorong TPME membangunkan Sistem Pengilangan Fleksibel-nya (FMS) sendiri di mana spesifikasi teknikalnya mematuhi memenuhi keperluan Industri 4.0.

“Dalam usaha kami untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada pihak berkepentingan, TPM telah menubuhkan Pusat Robotik dan FMS. Ini adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan pembangunan teknologi asli bagi FMS yang merangkumi integrasi sistem dan robot dalam pembuatan, “jelasnya.

Pusat ini mempunyai pengalaman operasi dan penyelenggaraan yang luas bagi robotik dan FMS, integrasi sistem dan latihan.

Dengan kelayakan dan kepakarannya sebagai salah satu peneraju dalam pengilangan fleksibel lanjutan, TPME menyediakan penyelesaian integrasi sistem yang diperlukan kepada semua pihak kepentingan dalam industri dan institusi penyelidikan yang berkaitan. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu usahawan teknologi yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

— Tamat —